Tuesday, December 27, 2011

SAJAK BUAT AYAH......

Ayahku
Ada rindu di hati pada wajahmu
Mengenangkan jasa dan kasihmu
Usaha keras dan jerih payahmu
Demi keluarga tercinta


Ayahku
Mungkin kita kurang bicara
Namun hatiku penuh ingatan padamu
Serta kata yang tidak mampu terucap
Segalanya tersimpan kemas
Aku jadikannya doa khas buatmu
Dalam saban hari sujudku padaNya


Ayahku
Yatim mu seawal usia
Ketabahan yang banyak mengajar
Jua ranjau yang kau lalui
Sepanjang liku perjalanan kehidupan


Ayahku
Kesabaranmu mendidikku
Melayan kerenahku
Keringat yang mengalir
Untuk membesarkanku
Menjadi air menghilangkan dahaga di hati


Ayahku
Aku mahu ayah tahu
Biar tanpa banyak bicara
Bahawa aku yang di sini
Sangat menyayangimu
Mengasihimu setulusnya
Menjunjung segala jasa
Mengagumi segala perngorbanan
Yang tercurah tiap detik dan masa


Ayahku
Maafkan andainya diri ini tidak pandai menzahir
Tapi jiwa kerdil ini tidak akan menafi
Kasih padamu di dalam hati
Serta doa yang tidak pernah putus
Moga rahmat Tuhan mengiringi
Pada tiap langkah jalanan menuju syurga hakiki


Ayahku
Terima kasihku takkan mampu
Membalas selaut pengorbananmu
Namun hasrat di hati yang paling satu
Mahu bertemu mu dan ibu
Di syurga nanti..
Ameen.

No comments:

Post a Comment