Monday, July 30, 2012

Seorang Guru ^^

Kpd sahabat2 ana yg akn menduduki UPSR pada tahun ini...


glitter-graphics.com

Wahai teman..
 Guru ibarat ibu kpd kita...
Guru mengajar kita dgn penuh semangat
dan kasih syg...
Guru mendidik kita agar menjadi insan yg berjaya...
Guru ibarat ibu kpd kita...

Biarpun kita dimarahi oleh guru...
Jgnlah kita berkecil hati...
Kerana marah itu tandanya syg..
Guru memarahi kita agar kita tidak ulangi kesilapan yg sama...
Guru tidak akn marah kita tanpa sebab...

Wahai teman..
Berlemah lembut lah terhadap guru...
Jgnlah kalian melukai hati guru..
Kesianlah pada guru kita...

Wahai teman...
UPSR hampir tiba..
Oleh itu,,berusahalah bersungguh2 utk mendapat 5A...
Utk dikongsikan kejayaan itu bersama keluarga dan juga guru
yg tlh mendidik kita tanpa mengeluh...
Tanpa guru..siapalah yg akn mengajar kita di sekolah..




glitter-graphics.com Semoga mendapat 5A dlm UPSR....
Amin... ^^





Dengan kecantikanmu,
Engkau lebih indah daripada mentari,
Sinar wajahmu,
Dipancaran nur iman yang hakiki,

Dengan akhlakmu,
Engkau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan duniawi,
Engkaulah yang terindah,

Dengan rendah hatimu,
Engkau lebih tinggi daripada rembulan,
Walau hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung,
Setinggi bintang berkelipan,
Indah nian menghisai malam,

Dengan kelembutanmu,
Engkau lebih halus dari rintik hujan,
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Hadir ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri,

Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri,
Perjuangkan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabar Ad-Deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah ALLAH SWT di muka bumi,

Engkaulah Mujahidah Sejati..

Andai Rasulullah SAW Bersamaku

Andai Rasulullah SAW Bersamaku

Saat ujian demi ujian
Berbaris menunggu giliran
Saat getir dan peritnya sebuah dugaan
Dan saat itulah aku sukar menerima keadaan

Tika itu, ku harapkan hadirnya sesuatu...
Apakah yang dapat menenangkan hatiku?

Air mata mula berguguran
Seiring redupnya hati kesedihan
Walau hati seakan redha dalam pilu
Hati tetap seakan meratapi sesuatu
Air mata itu tanda betapa sedihnya jiwa
Menyesal terlewat menghargai cinta Rasulullah
Jua meratap sayu terkenang saat pemergiannya
Kekasih Allah!

Cinta Rasulullah ...
Yang sudah sekian lama ku dengar ia begitu indah
Yang sudah sekian lama ku lihat para 'alim menyanjungi cintanya
Yang sudah sekian lama ku pandang dengan mata hati buta

Saat ini andainya Rasulullah ada bersama
Mahu saja aku berlari mendapatkannya
Mahu saja aku dengar mutiara nasihat dari bibirnya
Mahu saja aku melihat raut wajah dan menghayati akan cintanya
Kasih dan cinta yang tulus ikhlas buat ummatnya

Ya Allah...
Adakah masih ada waktu
Untukku membalas cinta kekasih-Mu itu?
Sisipkanlah bagiku peluang kedua
Berikanlah hamba-Mu ini jalan mudah
Menggapai cinta Rasulullah
Dan cinta Agung-Mu yang utama
Ku harapkan sentiasa bersama
Dalam menempuh ujian seribu dugaan
Dan memanduku menuju syurga-Mu Ya Rahman

Amin Ya Rabbal'Alamin


Doa Seorang Hamba Mu...

Ya Allah...
Biarkan lah ku mati syahid...

Ya Allah...
Jgnlah Engkau menarik nyawa ku...
Selagi amal ku masih sedikit...dan dosa ku menimbun....
Ttp jika amal ku kpd mu tlh cukup bagimu...
dan semua dosa ku tlh hlg..
Engkau ambik lah nyawa ku...
Ku rela...

Ya Allah..
Ambillah nyawaku apabila ku sedang sujud padamu...
Di tempat yg suci...
dan di dlm keadaan yg suci...

Ya Allah...
Masukkan lah daku di dlm syurgamu
dlm kalangan orang2 yg beriman...

Ya Allah...
Pertemukan lah daku dgn Nabi Muhammad S.A.W
kelak di akhirat di dlm syurgamu...
Ku hrp ku mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad S.A.W....

Ya Allah...
Bantulah daku utk meniti titian Siratul Mustaqim...
Jgn lah Engkau biarkan daku jatuh...
Bantulah hambamu ini Ya Allah...

Ya Allah...
Lindungi lah daku dalam naungan Mu di hari
yang tiada naungan melainkan perlindungan Mu...

Ya Allah...
Jika ketika dajjal dtg ke bumi...
Selamatkan lah daku dari fitnahnya....
Selamatkan lah daku di dunia dan akhirat...

Ya Allah...
Apabila nyawa ku ditarik...
Engkau kumpulkan lah semua kesakitan keluarga ku
apabila nyawa mereka akn ditarik...

Ya Allah
Ku rela menanggung kesakitan keluarga ku..
Jadi jgn kan lah Engkau biarkan lah keluarga ku dlm kesakitan...
Sebaliknya kau biarkan lah aku menaggung
kesakitan itu...

Ya Allah
Engkau makbulkan lah doa
hambamu ini...

Amin..

=')


♥ Nurul Sofia...
(Perindu Syahid)

Janji Sofia

Me:Ibu Sofia nak ambil periksa waktu umur 16 tahun (form 4)
Sofia nak habis belajar cpt...Sofia nak kerja cpt...walaupun sofia tahu Sofia tak kan dpt kerja kat Malaysia sbb tak ada SPM...

Ibu:Tak payah lah...Kerja katMalaysia..boleh selalu blk...keselamatan pun terjaga...

Me:Ttp...Sofia nak ibu tengok Sofia kerja...Sofia takut klau ibu tak dpt tengok Sofia kerja...Sofia tak nak ibu pergi... ='< (air mata mengalir membasahi pipi)

Ibu:(menangis)Tak apa...janji Sofia berjaya...ajal kita semua di tgn tuhan...kita tak tahu bila kita pergi...ayah,along,kakngah,kakdena,bangteh,bangcik gan kakfiqah kan ada...

Me:(tak dpt kata apa2 lagi kerana terlalu sedih)

='<

~~~~~
Ibu..,
Sofia akn berusaha bersungguh2...
Utk berjaya di dunia dan akhirat...
Sofia akn cuba penuhi hajat ibu...
Sofia akn usaha sedaya upaya utk menjadi seorang doktor pakar,,seperti ibu inginkan...
Insya Allah...
Sofia akn cuba...
Sehingga ajal Sofia tiba...
Itu janji Sofia....

='>
 Perjalanan ku tidak akn terhenti...selagi ajalku blum tiba...

Sunday, July 29, 2012

Teman Seperjuangan







Seberapa pantas untuk kau kutunggu

Sebagai teman kala perjuangan

Mungkin saja jasad berjauhan

Mungkin saja mata tak kelihatan
Mungkin saja suara tak kudengarkan
Namun hati seteguh batu
Rasa berdekatan dengan roh keimanan
Bangganya
Hanya kau tempat kuandalkan
Segala kelemahan dalam berjuang
Tika putus asa semakin hampir
Kau mengingatkanku kehadiran Tuhan
Allah yang Maha Pengasih
Allah yang Maha Penyayang
Ku adukan kepadamu
PERJUANGAN INI PAHIT
Kau balas ucapanku
BUKANKAH SYURGA NANTI MANIS?
Tenangnya
Hanya kau yang pantas kehadapan
Bila permasalahan mengamit kehidupan
Tiada kau lari meninggalkan teman
Tika sakit kau ziarahi
Tika duka kau tenangi
Tika papa kau sokongi
Tika kaya kau senangi
Bila berjuang kau tergagah mempertahan
Segala badai dan rintangan
Kau dihadapan membuka jalan
Memudahkanku teman
Kasihnya
Aku cinta padamu
Berdasar iman bertiang takwa
Rasa ukhuwah merasuk jiwa
Bila kita akan ketemu?
Hanya tunggu keizinan RABB
Untuk berjumpa berpelukan hangat
Menyapa pipi tanda sayang
Bersalaman tanda kasih
Alangkah indahnya
Bila kita berpimpin tangan
Melangkah ke syurga penuh tamanan
Meminggir neraka yang menyesakkan
Dengan jiwa dan setulus kalbuku
Moga impian ini akan jadi kenyataan
Selagi ada di hati kita hubungan
Jalinan hasil didikan langit
Menerobos angkasa hasad dengki
Membuai jiwa penuh perhati
Lafaz UHIBBUKA FILLAH
Sebagi janji
Semoga kutemu lagi
Jika tidak di sini
Nanti disana kita bersatu kembali
Dengan keizinanNYA…

 “Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya ( yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini denagn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan.”

Monday, July 2, 2012

Meow...





Ada sesiapa minat kucing sepeti ana?
Selalunye kita bela aje kucing tapi kita tidak tahu baka kucing itu,
Hari ini ana nak tunjuk jenis baka2 kucing...^^
Cari sampai jumpa baka kucing anda,
Agar senang nak pelihara.. ^^

Ramadhan


Event terbesar Tahun ini… Don't Miss it...!

Sunday, July 1, 2012

Prayer For Syria...

Niqob...

Ya Allah tenang hati melihat muslimah2 yg memakai purdah..
Hati ana berasa ingin memakai purdah,walaupun umur ana masih 12 tahun..
Ana bertanya pada ibu,ibu kata ana masih bersekolah..
Di sekolah tidak boleh memakai purdah..
Ana berasa sedih,tetapi ana hrp apabila ana sudah besar,selepas menunaikan umrah/haji
ana ingin memakai purdah,
Insya Allah...